Language
English

Bahasa Indonesia
Thailand
Vietnam

Microsoft 3.png
Indonesia.jpg
Malaysia.jpg
Philippines.jpg
Thailand.jpg
Vietnam.jpg

Klik untuk pendaftaran tempatan

 

Masa depan bermula di sini

Sebagai sebahagian daripada Inisiatif Kemahiran Global, Microsoft komited untuk menyediakan belia di Asia Tenggara untuk pekerjaan abad ke-21. Dengan kerjasama JA Asia Pasifik dan CloudSwyft, program ini akan memberikan latihan kemahiran digital untuk pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi dalam analisis data, sains data, operasi pembangunan, pembangunan perisian dan sokongan IT.

Hanya klik pada pautan negara yang berkaitan di atas untuk mendaftar. Setelah berdaftar, anda akan bermula dengan orientasi yang akan membawa anda melalui asas-asas memahami analisis data - di mana anda akan dibimbing oleh pakar industri dan menguji pengetahuan anda sebelum menerima sijil penyelesaian yang boleh dimuat turun.

Mereka yang ingin meneruskan akan dapat memilih kursus-kursus yang lebih terperinci secara talian, berserta sijil perakuan. Sebilangan kecil pelajar di Malaysia dan Indonesia juga akan layak mendapat peluang penempatan pekerjaan.

 

Berita terbaik - program ini adalah PERCUMA untuk semua peserta!

46-Entrepreneurship-Leadership-Responsib

Cara mendaftar

Sekiranya anda ingin meningkatkan atau mengasah kemahiran dan berminat untuk meneroka kerjaya di kemahiran digital, ini adalah peluang pembelajaran percuma yang terbaik untuk anda. Hanya nyatakan negara kelahiran anda (Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam atau Thailand) dengan klik pada pautan yang sesuai di atas untuk mula.

Anjuran Bersama

Anda Yang Kami Cari

142 Knowledge-Learning-Owl.png
JAAP 100 Year Logo.png
Microsoft-logo_rgb_c-gray.png
!cid_64D6A4B8-50A9-4C72-B776-8DA0B1B6FD8

Mengenai Microsoft

Misi Microsoft adalah untuk memperkasakan setiap individu dan organisasi di planet ini untuk mencapai lebih banyak.

Mengenai CloudSwyft Global Systems, Ltd.

CloudSwyft adalah salah satu laman web pembelajaran teknologi yang berkembang pesat di seluruh dunia, mendorong program-program kemahiran teknologi masa depan secara talian dan penyelesaian makmal secara langsung untuk pendidikan, kerajaan dan organisasi korporat.

Mengenai JA Asia Pacific

JA Asia Pasifik adalah sebahagian daripada ahli JA Worldwide, salah satu NGO yang berkhidmat terhadap belia terbesar di dunia yang berdedikasi untuk mempersediakan belia untuk pekerjaan dan keusahawanan.